Sambutan Hari Malaysia Masbina 2017
17 September 2017 | Aktiviti Terkini
Tajuk berita : Sambutan Hari Malaysia Masbina 2017
Nama aktiviti :
1. Pertandingan Kampung Dalam Taman
2. Pertandingan Basikal Berhias
3. Pertandingan Masakan Kuih Bingka
4. Pertandingan Karaoke
5. Pertandingan Pakaian Beragam
6. Cabutan Bertuah
7. Persembahan Poco-Poco
3- Tarikh : 16 September 2017
4-Masa : 9.00 am hingga 11.00 pm
5- Lokasi : Perkarangan Rumah Ketua Kaum Kampung Masjid / Jalan Bina Daro
6- VIP yang merasmikan sekiranya ada : YB En Safiee bin Hj Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri N43 Daro
7- Jumlah kehadiran : >200
Sambutan HARI MALAYSIA MASBINA 2017
Tanggal 16 September bukan lagi asing bagi kita iaitu merupakan tarikh bersejarah Penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu gagasan yang dinamakan MALAYSIA.
Bagi mengenang tarikh tersebut, JKKK Kampung Masjid / Jalan Bina Daro dengan Kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) dan Saberkas Unit KG Masjid / Jalan Bina Daro telah menganjurkan satu Sambutan Hari Malaysia 2017 yang dikhaskan untuk penduduk Kampung Masjid dan Jalan Bina Daro.
Sambutan ini bertujuan menyemai rasa cinta kepada negara bermula dari peringkat bawahan, mengukuhkan silaturrahim di dalam komuniti Kampung Masjid / Jalan Bina Daro supaya lebih erat agar mudah melaksanakan sebarang aktiviti serta memberi kesedaran kepada semua pihak agar sentiasa bertanggung jawab menjaga kebersihan dan memelihara kejiranan rumah masing-masing.
Perbagai acara telah dijalankan pada hari tersebut termasuklah
1. Pertandingan Kampung Dalam Taman
2. Pertandingan Basikal Berhias
3. Pertandingan Masakan Kuih Bingka
4. Pertandingan Karaoke
5. Pertandingan Pakaian Beragam
6. Cabutan Bertuah
7. Persembahan Poco-Poco
Pengurus PI Daro yang juga selaku Biro IT JKKK Kampung Masjid / Jalan Bina Daro serta Ketua Unit SABERKAS Kg. Masjid/ Jalan Bina Daro bergiat aktif menjaya sambutan tersebut sebagai satu langkah pendekatan diri kepada Komuniti disamping memperkenalkan lebih lanjut akan kuwujudan PI Daro dan sumbangannya kepada Komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: